DARMINA
>
REFUND POLICY
REFUND POLICY
Policy

REFUND POLICY

January 20, 2026

Dokumen Polisi Bayaran Balik & Pembatalan ini ("Polisi") hendaklah dibaca bersama
Terma & Syarat Darmina Revolution dan membentuk sebahagian tidak terpisah
daripada perjanjian antara Darmina Revolution dan Pengguna. Polisi ini mengikat semua
Pelanggan, Rakan Niaga dan pihak berkaitan yang menggunakan platform Darmina
Revolution.

1. Prinsip Umum
1.1 Semua tempahan yang dibuat melalui Darmina Revolution adalah tertakluk kepada
polisi pembatalan dan bayaran balik yang ditetapkan oleh Darmina dan/atau penyedia
perkhidmatan pihak ketiga.
1.2 Darmina Revolution bertindak sebagai pengendali platform sahaja dan tidak
menjamin sebarang bayaran balik melainkan dinyatakan secara jelas dan bertulis.
1.3 Dengan membuat tempahan, Pelanggan mengakui bahawa sesetengah perkhidmatan
adalah tidak boleh dibatalkan, tidak boleh diubah dan tidak layak untuk bayaran
balik (non-refundable).

2. Polisi Pembatalan oleh Pelanggan
2.1 Pembatalan tempahan hendaklah dibuat secara bertulis melalui platform rasmi
Darmina atau saluran komunikasi yang diluluskan.
2.2 Pembatalan lewat, ketidakhadiran (no-show), kegagalan hadir atau penamatan awal
penginapan/perkhidmatan akan menyebabkan caj penuh dikenakan dan tiada bayaran
balik akan diberikan.
2.3 Sebarang perubahan tarikh, nama peserta, atau butiran tempahan adalah tertakluk
kepada kelulusan dan caj tambahan.

3. Bayaran Balik (Refund)
3.1 Bayaran balik hanya akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) dinyatakan secara jelas dalam terma tempahan;
(b) diluluskan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga;
(c) pembatalan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
3.2 Sekiranya bayaran balik diluluskan, jumlah bayaran balik adalah tertakluk kepada
potongan berikut:
* caj pentadbiran
* yuran transaksi dan pemprosesan pembayaran
* kadar pertukaran mata wang
* potongan oleh bank atau penyedia pembayaran
* penalti pembatalan pihak ketiga
3.3 Darmina tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan bayaran balik yang
berpunca daripada bank, institusi kewangan atau sistem pembayaran pihak ketiga.
3.4 Bayaran balik jika diluluskan, akan diproses ke kaedah pembayaran asal dalam
tempoh yang munasabah selaras dengan amalan industri di Malaysia.

4. Pembatalan oleh Darmina atau Pihak Ketiga
4.1 Darmina atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga berhak membatalkan tempahan
atas sebab-sebab berikut:
* keadaan luar jangka (force majeure)
* isu keselamatan atau teknikal
* arahan pihak berkuasa
* pelanggaran Terma & Syarat oleh Pelanggan.
4.2 Dalam keadaan sedemikian, bayaran balik (jika ada) adalah tertakluk kepada terma
khusus dan tidak termasuk sebarang kerugian tidak langsung atau kos tambahan
Pelanggan.

5. Perkhidmatan Tidak Layak untuk Bayaran Balik
Bayaran berikut adalah tidak layak untuk bayaran balik kecuali dinyatakan sebaliknya:
* yuran perkhidmatan dan pentadbiran
* insurans perjalanan
* yuran visa, cukai pelancongan dan cukai kerajaan
* perbelanjaan peribadi
* komisen Ejen atau affiliate.

6. Kesan Terhadap Ejen & Affiliate
6.1 Sebarang bayaran balik atau pembatalan tempahan boleh memberi kesan kepada
kelayakan komisen Ejen atau affiliate.
6.2 Darmina berhak menahan, melaraskan atau membatalkan komisen yang berkaitan
dengan tempahan yang dibatalkan atau dikembalikan bayaran.

7. Pematuhan Undang-Undang
7.1 Polisi ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia tetapi tidak terhad kepada Akta
Kontrak 1950 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, setakat yang terpakai.

8. Pindaan Polisi
8.1 Darmina Revolution berhak meminda Polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih
dahulu.
8.2 Penggunaan berterusan platform selepas pindaan dianggap sebagai persetujuan.

9. Keutamaan Dokumen (Priority of Documents)
9.1 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, ketidakselarasan atau konflik tafsiran
antara Polisi ini dengan Terma & Syarat Darmina Revolution, maka peruntukan dalam
Polisi ini hendaklah diguna pakai setakat yang berkaitan dengan pembatalan dan bayaran
balik.
9.2 Polisi ini tidak menjejaskan kuat kuasa peruntukan lain dalam Terma & Syarat
Darmina Revolution.

10. Undang-Undang & Bidang Kuasa
10.1 Polisi ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
10.2 Sebarang pertikaian tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.

Darmina Revolution
Pelancongan • Digital • Pemilikan Peluang
Filters
Popular Filters
Nightly Price
-
Amenities
Star Rating
1
2
3
4
5
Guest Rating
Style
Neighborhood
3,269 properties in Europe
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72
image

Great Northern Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, London

4.8
Exceptional
3,014 reviews
8 nights
US$72